Sunday 18 November 2007

Simpang Kiri Dan Kanan

Satu pilihan...

Kalau dah suka, kiamat sekalipun takkan membuat kamu menukar keputusanmu. Aku disini mendoakan yang terbaik. Semoga hari-harimu diberkati dan direstui.

Esok kita ke sana, ya?

Janjiku, akan ku sampaikan salam mu pada ibumu.

Tetapi, kalau terjadi sesuatu padaku, kaulah yang bisikkannya pada ibu ku.....

Allahuakbar..berikanlah petunjukMu padanya..

Tuesday 13 November 2007

PERHATIAN!!PERHATIAN!!

Tolong sebarkan maklumat di bawah. Save dan post di mana-mana sahaja tanda sokongan.

Sunday 11 November 2007

Selamat Berkenalan Gelombang Kuning

AKU PUAS!!

Melepasi tingkat 1 KL Sentral, seorang pegawai preman telah ku kesan kehadirannya. Degupan jantungku dari pukul 3 pagi tadi bertambah kencang. Apakah aku takut?Mungkin...

"Uiisshh..tak sabarnya nak pegi Genting" kata sepupuku kepada rakan sekerjanya. Di sambut dengan hilai ketawa aku dan rakan-rakan. Apakah kami takut?Mungkin juga...

Pergerakan kami terjejas kerana berlaku beberapa salah faham. Tetapi semuanya berjaya diselesaikan dengan baik. "Kita ke MASJID NEGARA!!"tambah sepupuku lagi.

Sampai di Masjid Negara, kami masuk ke sana melalui pintu masjid yang berhadapan dengan KTM. Trak dan pegawai polis berperisai yang banyak dan ramai tidak langsung menarik perhatianku tetapi aku jadi tak keruan dan mula 'berhalusinasi' kerana apa yang menakutkan dari awal pagi tadi kini berada di depan mataku.

Hanya lebih kurang 100 orang berada di pintu masuk...

Hampir aku menangis untuk kali pertama hari itu...

Ya Allah..Kau Selamatkan Mereka Ini.

Sepupuku menyuruh aku dan teman kami ke satu lagi pintu utama untuk bertemu dengan sahabat-sahabat kami yang lain. Aku menurut, dengan perasaan sedih masih membelenggu diriku. Bila kami tiba di tempat pintu utama itu, aku kembali menarik sedikit nafas lega. Lebih kurang 1 ribu manusia dapat ku lihat sedang berhimpun di halaman masjid menanti. Dan bila aku masuk kedalam masjid, dapat kulihat beberapa ribu lagi sedang bersembahyang dan berkumpul.

Ya Allah..Kau Maha Besar!!!

Masih aku teringat, disinilah ianya bermula hampir 10 tahun lalu. Aku masih bersekolah ketika itu. Ketika aku masih tidak berapa mengenali dunia realiti politik Malaysia. Orang tuaku yang membawaku kesini. Masih terngiang di telingaku, laungan-laungan semangat. Masih terbayang di mata ku, kebencian puluhan atau ratusan ribu manusia membanjiri Masjid Negara. Aku dan orang tuaku hanya dapat memerhati dari jauh. Seorang lelaki berkacamata, melaungkan dengan penuh semangat satu perkataan ajaib yang tidak pernah ku dengar dilaungkan sebelum ini dan disambut dengan gagah oleh ratusan ribu orang disitu.

REFORMASI!!!

Dan hari ini, aku di sini sekali lagi menanti saat keajaiban itu kembali.

Jam menunjukkan tepat pukul 2.40. Aku dan sepupu sedang menemubual Ust. Badrul Amin di dalam masjid kala aku terdengar bunyi riuh rendah di luar masjid. Panjang pula bicaranya. Aku dah rasa tidak sabar untuk keluar dan melihat apa yang terjadi. Betul-betul selepas perkataan terakhir keluar dari mulut ustaz, kami terus berlari keluar. Ku sangkakan pasukan FRU telah mula menendang terajang mereka yang berada di luar masjid. Kulihat ke bawah dari atas beranda dan ku lihat mereka bersorak dengan semangat "Allahuakbar".

Dapat kulihat dari 1 kilometer jauhnya, sekumpulan lagi manusia yang tidak dapat lagi kuanggarkan jumlahnya sedang berarak dengan penuh semangat. Aku rasa bagai nak jatuh. Lutut ku rasa lemah. Hampir ku menangis untuk kali kedua hari itu. Aku tidak menyangka aku akan masih hidup dan dapat melihat keajaiban itu hadir sekali lagi. Rasa hendak saja ku campak kamera di tangan ku dan turun menyertai mereka. Tapi aku bekerja hari ini dan kamera itu pun bukan milik aku.

Team kami terus mengikut jejak perarakan itu ke Istana Negara. Dihadapan istana, beribu-ribu orang dari beberapa buah kumpulan sudah mula bercantum menjadi satu kumpulan gergasi. Walaupun kali ini senarionya agak berbeza, begitu juga dengan jumlah kehadiran yang tidaklah dapat mencecah kehadiran 1998 tetapi saat ini masih akan ku kenang dan ku ingat sebagai salah satu saat keajaiban dalam hidupku. Barisan pimpinan berucap dengan semangat.Rakyat tidak langsung bergerak ke belakang walaupun tentera-tentera kerajaan berada di keliling mereka. Sungguh istimewa saat itu.

Aku berada ditengah-tengah antara FRU dengan FRU. Cuba mendapatkan maklumat terbaik untuk majikan aku. Sambil itu, aku mencari-cari lelaki berkacamata yang berucap pada 1998. Mana dia? Tidak kelihatan dari mula tadi. Mengeluh lagi aku hari ini. Merokok di tepi. Menunggu lagi. Bosan. Tiada aksi lagi.

Tiba-tiba, lelaki itu muncul dari belakang FRU. Hadirin bersorak seperti orang gila. Menjerit-jerit. Aku terus berlari ke lelaki itu sambil mengeluarkan handphone aku untuk merakamkan saat itu. Aku berhadapan dengannya. Dia memandangku sambil mengenyitkan matanya padaku. Tersenyum lebar aku. Dia terus berjalan bersama-sama barisan pimpinan ke arah himpunan sambil mengangkat tangannya dan disambut dengan puluhan ribu orang yang menjerit-jerit bagai nak gila.

Beliau digendong oleh orang ramai untuk berada di tengah-tengah lautan manusia yang membanjiri lebuhraya tersebut. Setelah diberikan pembesar suara, beliau terus memberikan sepatah dua kata sebelum beliau melaungkannya lagi. Kata ajaib.

REFORMASI!!

REFORMASI!!

REFORMASI!!

Dan disahut oleh sekalian hadirin dengan penuh semangat. Hampir menangis aku untuk kali ketiga.

Segalanya telah selesai. Semuanya selamat. Tiada kecederaan dan tiada kematian tetapi ada keganasan. Keganasan dari pihak polis di Masjid Jamek. Aku bangga dengan pasukan Masjid Jamek. Walau disembur dan ditembak dengan gas pemedih mata, mereka melawan dan berjaya juga menembusi pertahanan polis untuk ke destinasi mereka. Tahniah kepada semua dan anda semua akan menjadi inspirasi warga demonstrasi yang lain untuk terus melawan.

Kepenatan tetapi gembira dengan apa yang terjadi hari ini.

"Fuh..."

Terbaring di atas katil sambil ku menangis teresak-esak.

InsyaAllah, kira tiada aral melintang. Sebulan lagi kita berjumpa.

Saturday 3 November 2007

100,000 "V"

Dapatkan logo 'V' ini dan tunjukkan sokongan ANDA!!!




Baca mengenainya di:

Gabungan Pilihanraya Bersih & Adil: Bersih People's Gathering, 10 November 2007


Gambar asal diambil dari
JahilGoBlog
Diperbaiki oleh Kereta Merah
Maklumat dipetik dari MushroomAli

Tuesday 30 October 2007

INNOCENT UNTIL PROVEN GUILTY...

"Suck!!"

"No!!"

"Suck!!"

"No!!"


"SPEOS..SPEOS.."

"Arrrgghh..fuck you guys!!"

Bunyi seorang sahabat yang marah kerana dikritik dan dinasihati. Mahu menghasilkan produk yang 'dikatakan' bakal menggemparkan dunia fotografi Malaysia. Tidak perlulah diberitahu apakah produk tersebut dan tidak perlulah disebut namanya disini, tetapi apa yang menarik perhatian saya ialah kedegilan dan kelantangan suaranya menegakkan prinsip dan keyakinan bahawa produknya bakal dihasilkan tanpa memikirkan ia terjual atau sebaliknya.

Walaupun kami (saya dan sepupu saya, blogger Mushroomali) telah bertungkus-lumus cuba melakukan hampir apa sahaja untuk menyelamatkan punggung nya dari dikejar ceti-ceti hutang tetapi beliau masih kekal berdiri di belakang keputusannya. Berlainan dengan pendapat kami, yang produk tersebut sangat..sangat..sangat sukar untuk terjual kerana beberapa faktor yang saya rasa tidak perlulah saya jelaskan di sini kerana takut menyinggung perasaan sahabat kami ini tadi.

Soalan paling tepat yang saya rasa semua yang tahu mengenai perkara ini patut tanya ialah :-
  1. "Mengapa kau masih berkeras dengan keputusan bodoh itu, walaupun ia bakal memakan diri sendiri, hingga sanggup menggadaikan nilai persefahaman antara kawan-kawan?"
  2. "Mengapa masih sanggup berdepan bahaya walaupun telah diberi amaran?"
  3. "Apa yang membuatkan kau rasa marah setiap kali perkara ini dibangkitkan dalam perbualan kita?"
  4. "Apakah kau marah kerana dikritik atau kerana kehendak kau tidak dituruti?"

Biar bumi terbalik, langit runtuh, kucing mula bertanduk, matahari terbit dari barat sekalipun, beliau tetap dengan keputusannya.

Well, saya dan sepupu saya juga adalah orang yang degil. Ia akan tetap dipersoalkan, my friend. Walaupun kau bakal membenci kami. Kerana yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah.

INNOCENT UNTIL PROVEN GUILTY...

Friday 12 October 2007

Dari Selat Melaka Ke Lautan Pasifik

It's Friday..
Bosan dan penat menunggu. 4 months to go. Ramai yang skeptikal. Ada yg menyokong. Ada yg senyap tidak terkata.

Hmm..Picking apples
It's to good to be true. Some said "Is it true?". And some "It's just a scam la..come on la..your're smarter than that". And this guy goes "Kau gila ke?! Kau tau tak diorang layan orang-orang kita kat sana macam mana?! Macam Indon la hidup kau kat sana nanti!! Orang kita takkan boleh maju kat sana! Kau tengok la nanti! Aku berani 'bet' la yang kau takkan kahwin bila kau sini nanti''.

Celupar betul mulut si bangsat tu.. Dia menipu orang dengan 'bisnes'nya di sana sini, senanglah cakap. Modal, air liur. Pejabat, kedai mamak. Nakkan bisnes beratus ribu. Tapi bangun tidur pukul 12 tengahari. And now he's talking about my future, my life, my new hope.

To hell with him!! I'm Going!!